Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru……

salam,

happy teachers day …selamat hari guru……to all teachers in malaysia…

special dedication to all the teachers that have taught me in my yester years…to name them so many..i just jot down the school names…

1. srk marian convent ipoh (std1 – std6)

2. smjk main convent ipoh (form 1 – form 5)

3. ITM cawangan johor segamat (3 wonderful years with a diploma in hand – 1990-1992)

4. trainers at Perwira Affin Berhad Training center in cheras (even though i did not end up as a banker…but knowledge gain about banking matters is very useful to me - 1996)

5. miss sally yap – my manager that train me to be a good event planner, marketer, and promoter at subang parade, subang selangor (1997)

6. training manager, kak mawar, nurul asyiqin, and all senior trainers at new horizons computer learning center..thanks all for teaching me how to be a good trainer..a professional one..and the knowledge still flows till now..;) (1998-2000)

7. trainer during the PSMB TTT course…Siti Sahlah ..thanks a lot….(2007)

8. trainers at GITN during MSS Schoolnet and Internet training course (2007)

9. trainers for PPSMI VI 2008

thank you all for coloring my career life with full of fun, ups and down, and knowledge..will cherish that the entire life…

HAPPY TEACHERS (EDUCATORS) DAY!!!!

to all my friend everywhere in Malaysia, Sabah and Sarawak, all the best in your career as a teacher or educator and keep up the good work…god will bless the work we’re doing if it comes straight from the heart…

have fun!

Thursday, May 7, 2009

pelaburan baru…

salam…

am sure u all pernah dengar pasal berjenis-jenis pelaburan di luar sana..yg tidak ada guarantee like skim cepat kaya..buluh mas and banyak lagi yang kantoi…

dan awal tahun 2009, ada jugak pelaburan kepada sistem pawah cacing yang sekarang ni tgh merudum menanti rebah..

hari isnin lepas, aku pi kl…malam naik bas samapi selasa pagi umah abang kat shah alam..rest for awhile then at 2 the briefing takes place at kg baru….

so abt this briefing…aku ke pejabat BIONAS…mendengar tentang opportunity yang ditawarkan…tak ramai yang hadir cuma 5 orang sahaja…3 lelaki dan 2 wanita..

taklimat berkisar ttg pendedahan maklumat mengenai JATHOPRA CARCUS…iaitu penanaman pokok jarak…yang kegunaannya …masyaallah …aku pun baru tau hari isnin hari tu selepas membacanya dalam internet…pokok jarak ni … dari akar sampai ke hujung pokok…semua ada kegunaannya…especially the fruit..mmm….so the briefing is much on the fruit..because the fruit..they can turn into oil…crude oil that many countries in the world wants it for biodiesel purpose..the crude jathopra oil..mixed with diesel can accelerate the power of a car..

so now ada openings for coordinators and consultants…browse the web site or u can call me for more info on this …number to call 0139385705… don;t miss the golden opportunity…grab now….

Wednesday, April 29, 2009

antara kemahuan, kehendak, keperluan dan kepuasan diri sendiri…

satu persoalan….pernahkah kita terfikir akan kenyataan di atas secara terperinci??? mungkin ada yang pernah .. dan mungkin juga ada yang tak pernah..

aku suatu ketika dulu tak pernah..selepas bekerja..lompat keje sana sini sebab masa tu aku mula tahu yang aku perlukan kepuasan bekerja..

aku dapat kepuasan bekerja masa aku jadi trainer and till now am satisfied being a trainer… but after a while..aku mula rasakan…ada waktu2nya rasa bosan, muak, jelak sebab lama sangat aku mengajar sampai aku rasakan aku dah tepu..mmg seronok tak dinafikan but mungkin ini hanya perasaan yang orang lain mungkin tak dapat rasa..aku sorang je rasa..

aku nak keluar dari bidang ni ..aku sayang tapi disebalik tu..aku rasa aku  perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki diri dan ekonomi keluarga aku…tahun ni paling sakit….aku betul2 tak produktif…hmm…gagal aku rasa tahun ni utk aku perbaiki diri aku..tapi aku bersyukur..gagalnya aku dalam kehidupan aku namun anak2 aku masih lagi boleh hidup berbekalkan apa yang ada disekeliling..Syukur..

so aku mahu A..tak dapat…aku perlu B..pun tak dapat…aku hendak buat C..gagal..dimanakah harus aku cari kepuasan untuk diri aku sendiri dalam menjadikan diri aku produktif??????  MASIH TeRTAnya-Tanya….

Saturday, April 25, 2009

to work or not to work….

question:

i have a friend who is 50-50 on going back to work with people or stay just as it is .. that is self-employed…she told me..for once i feel like going back to work … not because of easy life but because of situation…then again when she think about it one more time…she rather work on her own as she can have plenty of time for the family and of course work with no pressure…so all of you out there…any opinion for my friend here…nak keje ke tak…appreciate ur sharing of thoughts…tq

Tuesday, April 21, 2009

marah…marah sangat..

ketika hati saya berkecamuk, fikiran tak menentu esp malam ni…saya terpanggil utk baca blog dari Fuad Latip, dah lama tak menjenguk..

ada satu artikel yg menarik perhatian saya…saya share bersama anda semua yg visit blog sya..tq en fuad…

Pengurusan Marah

Saya pernah berasa marah yang teramat sangat beberapa tahun yang dulu sehingga tahap memaki hamun dan sebagainya. Tetapi Alhamdulillah masih di dalam kawalan di mana tidak sampai bertumbuk dan bergaduh.

Itu beberapa tahun dahulu. Sehingga kini marah-marah kecil tetap ada terutama geram kepada pemandu-pemandu yang ramai tidak mempunyai EQ iaitu memahami perasaan orang lain. Dengan kata lain yang susah sangat untuk bertolak ansur.

Sesetengah orang mudah untuk marah. Ada yang sehingga tahap marah yang mampu mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan. Ini amat membimbangkan.

Marah saya banyak kepada anak (lebih kepada geram) dan pelajar. Marah pada anak bukanlah sehingga tahap menengking atau memukul. Kekadang Ia lebih kepada meninggikan sedikit suara agar anak saya akan membuat tindakan segera di dalam sesuatu perkara.

***
Marah pada pelajar adalah marah mendidik. Bukan juga berbentuk maki hamun. Hanya meninggikan suara. Namun kekadang jiwa ini dicabar dan ketika itu mampu dibatu apikan syaitan. Perasaan marah pada pelajar yang malas atau membuat kerja sambil lewa kekadang berada di tahap yang mampu mengundang tindakan fizikal seperti menghentak meja atau sehingga rasa ingin saja halau mereka keluar dari bilik saya.

Alhamdulillah, perasaan marah mampu dikawal dengan mudah dan kesannya cukup pantas untuk kembali bertenang.

***
Apakah yang biasa disarankan ketika kita sedang marah?

Bersabar? Persoalannya bukan mudah untuk bersabar. Bersabar adalah satu perasaan yang berlawanan dengan marah. Mana mungkin dalam keadaan kita marah, kita boleh bersabar. Lalu bagaimana?

Bagaimana saya mengawal kemarahan?
Saya telah membiasakan diri untuk tidak lagi melakukan “mind chat” atau bercakap dengan akal fikiran saya sendiri. Segala apa yang saya lakukan, saya fikir, saya dengar, saya rasa, saya lihat, akan saya cakapkan kepada Allah SWT.

Ketika saya marah, saya akan bercakap pada Allah segala apa yang saya rasa ketika itu. Saya tidak melawan rasa marah saya. Tetapi saya luahkan rasa marah saya pada Allah. Allah itu Maha Positif. Saya yakin dengan meluahkan rasa marah pada seseorang dengan berkomunikasi kepada Allah, Allah akan berikan kesabaran kepada saya. Saya tidak perlu melawan marah untuk sabar. Tetapi rasa sabar itu dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya dengan luahan yang saya lakukan.

Ketika memandu:
“Ya Allah, geram betullah kereta sebelah ni ya Allah. Aku dah kasi signal, dia tak nak kasi aku masuk laluan dia ya Allah. Kalau aku buat kurang ajar nanti baru dia tahu ya Allah. Takpelah ya Allahkan. Sabarjelah Ya Allah. Ya Allah, Payah kalau perangai orang jenis takde EQ ni.”

Kesannya, pasti jadi lebih sabar.

“Ya Allah, kereta ni kurang ajar betullah ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Aku buat kurang ajar nanti baru tau. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah”

Ketika geram dengan pelajar yang malas

Ya Allah, kenapalah budak ni malas sangat ya Allah. Kenapalah dia ni buat kerja main-main. Dia ni malas betullah ya Allah. Aku geram kat dia ni ya Allah. Kalau ikutkan aku, aku gagalkan je ya Allah.

Malas betul dia ni ya Allah. Rasa macam nak halau je dia ni dari bilik aku ni ya Allah. Menyampah betul aku tengok muka dia ni ya Allah.

Eeeee……geramnya ya Allah. Ahhhh….lantak dialah ya Allah. Malas dah aku nak layan budak jenis yang macam ni ya Allah. Lantak dialah ya Allah nak jadi apa. Aku dah tak sanggup lagi nak tolong dia ni ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Nak belajar ke tak nak ke, dia punya pasallah ya Allah. Aku malas dah nak pening-pening kepala jaga budak macam ni ya Allah.

Kau bantulah aku ya Allah. Kau buatlah sesuatu, kasi budak ni rajin ke, sedar diri ke. Lembab betul aku tengok dia ni ya Allah. Kasi dia ni cerdas ya Allah.

Macam-macam saya luahkan pada Allah ketika saya marah dan geram. InshaAllah marah dan geram ketika itu akan hilang dengan cepat. Selalu yang berlaku saya akan siap mendoakan pelajar itu agar jadi rajin, sedar diri atau dengan nama lain berubah jadi pelajar yang bertanggungjawab.

***
Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita  memalingkan muka kita ketika kita marah.

Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.

Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.

Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

***
Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah disamping saya dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

InshaAllah.